Malaysia Web Hosting

Archive for May, 2010

My Sweetheart Smells Like Adidas Action 3 Fresh!

Posted on the May 31st, 2010 under Advertorial,Nuffnang,Project Alpha Season 2 by izzahfarhana

Hai.Jangan risau tajuk macam kontroversi saja. Yang pasti tujuan asal adalah untuk mempromosi barangan Adidas Action 3!Sweetheart ataupun dalam bahasa melayunya kekasih hati ditujukan kepada sesiapa saja tak kira jantina asalkan anda mahu berbau harum wangi.Dan dan berbau fresh yang pastinya

Adidas Action 3 semestinya ada untuk lelaki dan perempuan.Terdiri daripada ,Fresh,Intensive,Control,Sensitive,Pure and Pro Clear.Masing-masing ada yang untuk lelaki dan perempuan.Jika anda mempunya kulit sensitive bolehla memilih sensitive,jika anda mahukan bau yang segar apa  lagi pilhla fresh!Intensive formula adalah untuk normal skin.

Jadikan Adidas Action 3 sebagai pilihan anda untuk menjadi the best sweetheart!Aikkk macam banyak sweetheartssss saja?

untuk maklumat lanjut sila layari http://www.adidas.com/my/action3/

Jom layan Project Alpha untuk episod seterusnya!

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

  • Share/Bookmark

Happy birthday Fadi!

Posted on the May 30th, 2010 under Food,Life at Kuantan,Wishes,friendship by izzahfarhana

Salam semua.Hari ni besday kawan sepermainan saya di UIA ni.Kawan saya ni lah yang selalu bawak saya dan Elyna ke hulur hilir secara drift ;) .Jadi macam biasa kita kenalah berbuat sesuatu.Nak masak masakan special mustahil la kan eh tapi bukan bermakna tak reti tapi mana boleh masak di hostel (cover line) maka mari kita keluar untuk menyambutnya.Kita makan cukupla tu pun dah kenyang dah tak payah nak kek lagi.Masing-masing dapat dua iaitu Chicken Lemon dengan Nasi goreng padprik.Maka esok jom lah berpuasa ye!

Walaupun duit macam tadak eh Elyna kata jangan cakap duit tadak nanti tadak betui2 baru tau!err walaupun duit tiada di tangan tapi ada dalam mesin atm kita harus menggembirakan sahabat di hari ulang tahun kelahirannya sedaya upaya. ;) Jadi restoran Santai menjadi pilihan walaupun pada mulanya nak pergi ECM ja makan Rasamas tapi besday gal tak bape gemar jadi kita mestilah consider :) .

Selamat ulang tahun yang ke 44 Fadi!Keh keh keh.

Cinta 3 segi.Eh yang belakang tu staff restoran rasanya tak terlibat dalam drama kita.Fadi gembira kerana harini besday beliau,elyna macam masam sebab harini bukan besday beliau. HEHEHEHE.

Elyna macam biasa dia  makan tak habis,sebab dia suka minum air banyak2 sebelum makan,tu cepat kenyang.

Sekali 2 air diorder Izzah,sirap dan ice blended cappucino.

May our friendship everlasting ;)

  • Share/Bookmark

Malaysia’s LARGEST MILK DRINKING EVENT!

Posted on the May 29th, 2010 under Health,announcement by izzahfarhana

Hai friends.Suka susu tak?yeah saya suka susu terutamanya susu kotak Dutch Lady tu. Memang kalau boleh akan buat stok la kat hostel.Selalunya tak breakfast tapi kalau rasa macam sakit ulu hati or maybe gastrik (tak pernah check pun) akan minum susu cepat2.Kenyang!Sem pendek ni kelas Ethics 3 jam,so akan ada break 20 mins,masa tu lah boleh minum susu yang dicampak dalam beg tadi.Tapi kalau dah minum susu,lunch pun tak berselera sangat dah sebab rasa macam dah kenyang.Saya paling suka susu perasa coffee.HAHAHA.Kedua strawberry and ketiga ialah coklat.Full cream dan low fat pun minum je!

Susu mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk tulang kita lah kan?Ingat susu ingat tulang!remember milk remember bone!Gaya-gaya model iklan susu. Di sini ada berita baik esok di Pavillion KL akan berlangsungnya event minum susu terbesar sempena Hari Susu Sedunia.Kalau kat PJ dulu jenjalan pergi Jaya 33 lalu kat kilang Dutch Lady macam nak buat muka tembok je mintak susu percuma  ;) .Segala maklumat lanjut boleh baca di facebook rasmi Dutch Lady Malaysia ataupun laman web rasmi mereka.Jangan tak tau sebanyak 250 000 packs limited edition Dutch Lady Milk akan diberikan percuma esok.Kalau tak silap limited edition ni design sangatlah comel!Boleh check di FB.

Nak sangat pergi minum susu dan collect susu banyak-banyak.Kepada yang berdekatan dan lapang bolehla join sebab acara ini termasuk dalam Malaysia Book of Record tau!

p/s:siapa nak belanja saya susu kotak Dutch Lady? ;)

  • Share/Bookmark

Konvoi ke Gaza,moga Allah melindungi!

Posted on the May 27th, 2010 under Brotherhood,Lifeline for Gaza by izzahfarhana

Setelah tertangguh selama 2 hari, insyaAllah konvoi sembilan buah kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza akan berlepas pada jam 5 petang waktu tempatan (jam 10 malam waktu Kuala Lumpur) dari ini, Khamis 27 Mei . Pengumuman ini telah disampaikan oleh penganjur utama,  (IHH) kepada semua wakil-wakil NGO yang kini sedang siap-sedia menunggu arahan daripada kepimpinan konvoi.

Sukarelawan-sukarelawan daripada lebih 30 buah negara kini sedang berkampung di Stadium Bolakeranjang Kepez Arena, Antalya sementara menunggu arahan untuk berlepas dengan menaiki kapal Mavi Marmara. Pelayaran mereka yang sepatutnya bermula jam 5 pagi Ahad lalu (25 Mei) tertangguh kerana kapal-kapal dari Greece tidak dapat tiba seperti yang dijadualkan.

Walaupun terpaksa menunggu, peserta dan urusetia konvoi masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti, terutama sekali untuk tugasan media. Bagi peserta-peserta lain, mereka tetap memanfaat masa dengan untuk berkenalan dan bertukar-tukar pengalaman, bersukan dan mengikuti majlis-majlis ilmu. Malam tadi, Dr Akram Saleh iaitu salah seorang pembantu Syeikh Yusuf Qardhawi yang akan bersama-sama mengikuti konvoi ini, memberikan taushiyah sejurus selepas solat maghrib berjamaah.

Semakin ramai peserta memenuhi Kepez Arena kerana kapal-kapal dari Sweden dan Greece kini sudah tiba di sini. Namun sebahagian besar peserta dari kedua negara itu tidur di dalam kapal. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemimpin kapal “Ship to Gaza” daripada Sweeden dan Greece, Mattias Gardell dan Dimitris Plionis, turut bersama-sama makan malam di Kepez Arena.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak empat buah kapal telah berlepas dari pelabuhan di Greece dengan membawa lebih 120 orang peserta konvoi. Mereka dijangka akan bergabung dengan kapal-kapal daripada Turki, Ireland dan England sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.

Keseluruhannya, lebih daripada 10 ribu tan bahan bantuan akan dihantar ke Gaza. Usaha ini melibatkan penyertaan seramai lebih 750 orang sukarelawan dari lebih 50 buah negara, termasuklah tokoh-tokoh politik dan selebriti.

sumber:[Mohd Nizam/LL4G]

Sempena malam Jumaat yang mulia ini mari kita berdoa supaya misi ini berjaya .

InshaAllah, we are determined to make sure that everything safely arrived to Gaza, even israel certainly want to block it. Are we who bring pencils and toys for the children, fit to be called terrorist? Or are those who want to block this aid is the real terrorist and pirate? Therefore, let us together pray victory for this convoy in order to help our brothers in Palestin- Admin LIFELINE 4 GAZA | Break The Siege

Lifeline for Gaza at Stadium Melawati credited to mtaqi87

  • Share/Bookmark
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes