Dear diary and readers,

Selalu kan kita tengok baby mesti nangis sewaktu dilahirkan.Ingatkan petanda yang baby tak bisu ke hape ke.Dalam kelas Physiology tadi baru saya tahu apa kepentingan baby menangis ketika baru saja keluar dari rahim ibu.Nurse pun akan tepuk tepuk butt dia bagi baby menangis untuk membersihkan amniotic fluid keluar daripada paru-paru baby membolehkan baby bernafas.Dah bernafas jangan lah buang dalam tong sampah pulak,heyy kalau orang buat kamu macam tu mau?
Antara sebab lain juga mungkin baby dah biasa duduk dalam rahim ibu yang gelap tiba-tiba nampak cahaya dan lain-lain yang baru dia pun terkejut gamaknya.Heeee.
Dear diary,
Hari Rabu biar saya gelar sebagai hari bersama mikroorganisma.Biarpun hakikatnya hari-hari adalah hari bersama mikroorganisma kerana mikroorganisma ada di mana-mana saja sekeliling kita,tetapi mari kita jadikan hari Rabu sebagai hari memperingati mikroorganisma secara rasmi.Sebab apakah Izzah?Hal ini kerana hari Rabu kami hanya belajar 1 subjek sahaja iaitu Microbiologi.Dari 9.30 am sampai 11.30 am kelas teori dan petangnya dari 2pm sampai 5pm kelas praktikal.
Hari ini merupakan kelas praktikal pertama kami untuk Microbiologi.Saya tertanya-tanya apakah yang akan dibuat hari ini?(walhal manual dah dapat awal tapi tak baca pun,hehehehe).Saya dapat membuat kesimpulan bahawa kelas praktikal Microbiology seperti dealing with entiti yang tak nampak tapi ada.Apakah?Ouh ini bukan subjek mengkaji jin ataupun silap mata.Mata anda tidak silap!Tetapi anda perlu melihat mikroorganisma ini bukan dengan naked eye tapi dengan menggunakan mikroskop.Danggg!Kesian mesti power mata akan bertambah,asyik tengok benda halus saja.Jangan tertukar dengan makhluk halus ok.
Harini kami buat culture transfer tecniques.Kalau tak silap la ada 2 cara samada streaking or spreading guna hockey stick (bentuk ja macam hockey stick,errrr tak tak macam pun).Kita akan gunakan agar untuk medium growth tetapi ingat mikrooranisma tak makan pun agar tu.Manusia je makan.Heee.Doc Othman yang cakap,saya angguk je

Hari ni kita bukan nak memasak agar-agar berkaramel organisma halus ye puan-puan.Agar dalam piring petri itu.

Hanadi sedang pegang inoculating needle or loop untuk inoculate/transfer organisms.Mesti dilakukan bersama aliran haba panas dari api untuk mengelakkan contaminant(organisma dari persekitaran) terlibat tidak semena-mena.


The colonies.Ada 2 colonies.
Tudia colonies microorganism.Ada 2 colonies,boleh nampak yang besar dan kecil.
Teknik streaking.
Lepas siap,boleh seal untuk dimasukkan dalam oven selama lebih kurang 24jam.Kagumlah parafilm tu,haha jakun 1st time jumpa,stretching type.
Hockey stick untuk spreading technique.Tak macam hockey stick pun kan?
Oleh itu esok sebelum kelas Human Genetics kami kena pergi makmal Microb untuk tengok hasilnya.Jadi ke tak?Biasalah saintis pun makan berkali-kali eksperimen untuk berjaya.Heee.Stay positive people!
Dear diary,
Sabtu lepas tidak seperti hari sabtu yang lain.Errr bangun awal pukul 8pagi dah pergi ke multipurpose hall(MPH) KOM.Saya dan Nisa nekad nak pergi program Dare To Speak by Brother Osman Affan.Memang tak rugi.Fun sangat dan dapat gain knowledge in public speaking.Terutamanya nak buat lontaran suara ketika berucap.Nak-nak lagi sem ni ada oral untuk English for Academic Purposes(EAP).Bolehla apply kan.Paling suka kena buat bunyi Beh behh beh behh beh behhh e dibaca sebagai e pepet.Praktis untuk buat projection suara.ceh cehhh cehhhh.Dehh dehh dehhh.Fehhhh fehhh fehhhh fehh.Boleh bayang tak?
Paling penting saya dapat ilmu yang mana sama macam saya join Mary Kay dulu,kita kena write down our goals.Tulis,dan selalu lihat.InshaAllah will guide us untuk dapatkan apa yang kita nak.Bro Osman pun ceritalah kisah sahabat baik beliau saudara jutawan internet terkenal Irfan Khairi.Ouh saya dah lama baca pasal bro Irfan mengenai cita-cita beliau ingin menjadi jutawan dalam umur 30 tahun,di tulis atas kertas ,simpan dalam wallet dan tengok hari- hari.Haaa kalau kita selalu pandang target kita,janganlah pandang dengan pandangan yang tak bermakna.Dia macam mind setting,u look at it u macam mesti nak put an effort to get it,agak-agak malas terus tengok targets yang ditulis bolehlah kot terbantot rasa malas tu.

Pinjam hp kawan snap,hp time tu kamera tak boleh fungsi,sebab pergi install application from ovistore yang mana tup-tup kamera tak leh snap lepas install.Beware people!Kami duduk depan,believe it!Hehehe.Itu bro OsmanAffan.

Our presentation.Pilih barang yang bro Osman sediakan,and influence people to buy.We chose robot!

Luckily we won bebehhh!Sebab group kami je mention price.Overall others group still superb cuma rancak sangat cerita features sampai tak sempat sebut harga.
p/s:Dis u notice something special in this entry?Yeah new watermark!Gigih semalam buat ouh,skip study cardi.Takpe sastified.
Dear diary,
Sabtu lepas saya dapat kawan baru.Saya mendapat kawan baru tidak semena-mena tanpa dirancang. Dalam duit yang macam tidak cukup,makan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang sempat lagi saya adopt kawan baru.Betullah rezeki itu ada di mana-mana
Heee. Terima kasih abah!Handphone pun dah baik dah dapat dah,tapi still suka letak bawah bantal,bimbang jugak kang himpit lagi.Baiki lcd pun semacam boleh beli handphone baru.Takpe pengalaman ouh!
Saya dan Fadi beli cermin mata baru.Ouh koolnya panggil cermin mata.Cermin mata ibarat rakan karib.Tanpa cermin mata gelaplah duniaku eh tak kaburlah duniaku.Gejala rabun ini dapat semenjak tingkatan 3 ketika berjinak-jinak dengan MIRC.Dah 4 kali buat spek.Spek 1st hilang entah ke mana time kat sekolah dulu.Semua spek saya oldschool ,oldies style.Mereka memang tahan lasak.Siap jatuh terguling-guling,terhempap-hempap masih gagah perkasa lagi.
Ketika tidur pun saya pakai spek.Mesti keesokan paginya orang akan bertanya eh tido pakai spek ke?Entah macam rasa safe je pakai spek.Mana tau ada penjahat,taklah gagap nak buat sesi pengecaman.Eekekeke.Saya berhajat nak beli spek baru bukan spek lama tak berguna lagi,tapi sebab entah tiba-tiba aura nak beli datang tu ada bila Fadi cakap kedai optometrist tu baru bukak dan ada diskaun.Errr tapi setelah ditolak diskaun ditambah multicoated tahan calar semua semacam mahal juga bagi saya.Saya bukan jenis spending sangat beli spek,kalau boleh nak bawah RM100 je.Err .Tokey kedai lecturer UIA Kuantan juga,Puan Mastura.

Saya suka awak sampai bila-bila.Spek ketika tidur.Heee.

Nasib tak beli kaler merah mak ngah tepinya bersalut gold colour.Macam weird pulak.This is better.Spek raya sebab baju raya tahun ni kaler oren plus baby blue .Hoyey!
Bye physiology time.My cardio will go on.